ANAK AUTISME : Terapi dan Sokongan

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
SAKINAH IDRIS
ISBN
9786294960800
Penerbit
PENERBIT UiTM PRESS
Tahun Penerbit
2020
Abstrak Buku

buku yang dihasilkan bersama-sama tiga orang terapis yang mahir dan berpengalaman dalam tiga bidang yang berbeza iaitu psikologi, bahasa dan pertuturan serta cara kerja. Edisi kedua ini membawa pembaca mengenali kriteria diagnostik gangguan spektrum autisme menggunakan The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5). Antara aspek penting yang dihuraikan dalam buku ini adalah berkaitan dengan intervensi tingkah laku, komunikasi serta cara kerja, selain mengetengahkan dua kajian kes yang melibatkan penilaian dan terapi sebagai panduan pembaca. Penulis berharap Anak Autisme: Terapi dan Sokongan Edisi Kedua dapat memberi panduan mengenai penjagaan anak autisme secara menyeluruh kepada ibu bapa, guru-guru, ahli profesional, dan masyarakat umum.

📚 Program Telaah
Tarikh
4 Jun 2025
Lokasi
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Kemudi / Moderator
SITI ROHAYU MOHMAD YUSOF
PUSTAKAWAN KANAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
Panel Wacana
SAKINAH IDRIS
PENSYARAH KANAN
FAKULTI PERUBATAN,UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Galeri
Video
Ulasan Komuniti

“Kekuatan buku ini terletak pada penyampaian yang ringkas, padat dan berpaksikan pengalaman sebenar, menjadikannya relevan dan menyentuh perasaan. Ia turut menekankan kepentingan kesedaran awal, intervensi berstruktur, dan kerjasama antara keluarga dan komuniti dalam membina masa depan anak autisme. Turut diketengahkan ialah sokongan emosi dan sosial yang amat diperlukan oleh ibu bapa dan penjaga, selain pentingnya rangkaian sokongan komuniti.”

“Anak Autisme: Terapi dan Sokongan telah memberi pencerahan yang amat bermakna mengenai dunia anak-anak autisme. Penulis, Sakinah Idris, berjaya menyampaikan mesej kasih sayang, kesabaran dan kefahaman melalui perkongsian pengalaman sebenar serta panduan terapi yang praktikal.”

“Buku ini bukan sekadar memberi ilmu, malah menyuntik semangat kepada ibu bapa, pendidik dan masyarakat untuk lebih prihatin dan menyokong perkembangan anak-anak istimewa. Program ini membuka ruang refleksi dan empati, menjadikannya satu perkongsian ilmu yang menyentuh hati dan mencetus kesedaran yang mendalam.”

“Kupasan buku ini sangat bermanfaat dan menyentuh hati. Penulis berjaya berkongsi strategi terapi dan sokongan untuk anak autisme dengan jelas dan penuh empati. Sangat membantu ibu bapa, pendidik, dan komuniti dalam memahami serta menyokong anak-anak istimewa ini.”

Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.