Rumah Kelantan tiang 12

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
Johan Ariff Ismail
ISBN
9786294890206
Penerbit
Penerbit UMK
Tahun Penerbit
2024
Abstrak Buku

Buku Rumah Kelantan Tiang 12: Sebuah Perjuangan Memartabatkan Warisan adalah sebuah dokumentasi yang amat berharga kepada pencinta warisan Alam Melayu kerana Rumah Kelantan Tiang 12 ini adalah antara yang masih mampu diperlihatkan kepada generasi muda serta pengkaji seni bina Melayu Kelantan. Ia dibina pada tahun 1870 di pinggir Sungai Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Menuang yang terkenal sebagai lokasi pembuat tembaga di Kelantan.

Memiliki buku ini adalah umpama memasuki sebuah gapura 150 tahun lampau kerana di dalamnya penulis turut berkongsi warisan hidup dan elemen-elemen warisan yang terkait dengan sesebuah struktur rumah yang menjadi titik mula sebuah kehidupan orang Melayu Kelantan pada waktu tersebut.

Apa yang menariknya ialah lokasi asal rumah yang berhampiran dengan Masjid Muhammadi, Pasar Lama Kubang Pasu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar ditambah lagi ia bertentangan dengan Masjid Lama Kampung Laut di seberang sungai. Secara langsung lokasi asalnya mempengaruhi kepada pelbagai cerita warisan sejarah yang cukup berharga kepada Rumah Kelantan Tiang 12 ini.

📚 Program Telaah
Tarikh
13 Ogos 2025
Lokasi
Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan
Kemudi / Moderator
ENCIK MOHD FAIZAL RAMLI
PENSYARAH KANAN
FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA UITM CAWANGAN KELANTAN
Panel Wacana
YBRS. ENCIK JOHAN ARIFF ISMAIL
PROFESOR ADJUNG
FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA UITM CAWANGAN KELANTAN
Galeri
Video
Ulasan Komuniti

“Perkongsian adiguru yang tak ternilai dari sudut polyglot ilmu tentang Rumah Kelantan Tiang 12”

“Perkongsian yang santai tapi sarat dengan perkongsian mengenai keindahan.. Filosopi.. Keunikan.. Seni bina Rumah Melayu Kelantan”

Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.