Kaedah Pemantapan Semangat Cintakan Negara melalui Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Berteraskan Patriotisme
Penulisan ini membincangkan pendidikan berteraskan patriotisme yang telah lama wujud dalam sistem pendidikan negara tetapi masih kurang berkesan dalam membina semangat cintakan negara, khususnya dalam kalangan generasi muda. Hal ini terserlah melalui isu penghinaan terhadap institusi beraja, agama Islam, lagu kebangsaan, bendera negara dan bahasa kebangsaan. Kajian ini menekankan kepentingan pendekatan baharu dalam pengajaran subjek patriotisme yang sering dianggap membosankan kerana berfokus kepada hafalan fakta sejarah. Melalui kaedah penyelidikan Nominal Group Technique (NGT) berkonsepkan bawah-atas, pelajar sendiri menentukan cara pembelajaran yang sesuai dengan minat mereka. Pendekatan ini menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif, menyeronokkan dan bermakna, sekali gus memperkukuh penghayatan patriotisme dalam kalangan pelajar
Kemudi / Moderator
Panel Wacana