Kembara Antartika: Pengalaman Melalui Penyelidikan

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
Prof. Dr. Sentian Justin
ISBN
9786297662152
Penerbit
UMS
Tahun Penerbit
2024
Abstrak Buku

Penerbitan karya yang berjudul Kembara Antartika: Pengalaman melalui Penyelidikan ini menjadi saksi dan dokumen secara bergambar kepada ekspedisi Profesor Dr. Justin di Stesen Presidente Eduardo Frei Montalva milik negara Chile di Semenanjung Antartika.

Penceritaan karya ini dimulakan dengan keberangkatan beliau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga tibanya ke destinasi utama, Pulau King George, Antartika. Kemudiannya disambung dengan suasana dan pemandangan di kutub selatan yang menjadi kawasan kajian. Diselitkan juga dalam karya ini gambar-gambar Profesor Dr. Justin beraktiviti sosial bersama-sama tentera laut dan udara negara Chile dan cabaran yang dihadapi seperti bergelut dengan ribut salji yang mendadak tiba semasa mengambil sampel. Pada penghujung karya ini, dipaparkan kepelbagaian flora dan fauna serta monumen yang ditemui oleh Profesor Dr. Justin sepanjang keberadaan di sana. Semuanya ini menjadi warna-warni dalam kembara penyelidikan beliau.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Semua sumber foto adalah daripada Profesor Dr. Justin Sentian dan Pusat Komunikasi Korporat UMS. Sidang editorial mengharapkan buku ini berupaya menyemarakkan semangat untuk berani menempuh pelbagai cabaran dalam meneladani kehidupan manusia selaku insan biasa.

📚 Program Telaah
Tarikh
11 September 2025
Lokasi
Perpustakaan UMS
Kemudi / Moderator
KELVIN KUEH BOON HEE
PENSYARAH
UMS
Panel Wacana
PROF. DR. SENTIAN JUSTIN
PENSYARAH KANAN
UMS
Galeri
— Tiada gambar —
Video
Ulasan Komuniti
Tiada ulasan daripada komuniti.
Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.