Kenang-kenangan Selangor

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
Wan Muhammad Amin
ISBN
-
Penerbit
Yayasan Karyawan
Tahun Penerbit
2020
Abstrak Buku

Selangor merupakan sebuah Negeri Melayu berdaulat yang menjadi lambang warisan ketamadunan Melayu sekaligus menjadi identiti keagungan Melayu dahulu hingga kini. Biarpun begitu, tidak seperti beberapa Negeri Melayu lain misalnya Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang, naskhah penseja rahan Negeri Selangor amat terhad. Situasi ini mungkin disebabkan masih banyak kehadiran naskhah berhubung Negeri Selangor yang bertebaran di luar sana tetapi belum dikenal pasti dan diterokai sepenuhnya. Oleh itu, untuk memahami sejarah dan budaya Negeri Selangor khususnya dari sumber tempatan sendiri, peneliti banyak bergantung kepada naskhah dari negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang, Riau dan yang berkaitan dengannya. Langkah ini dapat sangat membantu dan bermanfaat. Selain memahami berdirinya Kesultanan Selangor, hubungan dan kaitan Negeri Selangor den gan negeri-negeri Melayu lain juga dipaparkan dengan jelas. Jalinan ikatan antara negeri dan Kesultanan Melayu dalam bentuk kekelu argaan, diplomatik malahan konflik diperihalkan dalam naskhah naskhah terbabit dan peranan Selangor ditonjolkan dengan jelas. Biarpun begitu, usaha untuk meneroka lebih banyak naskhah yang menjurus kepada Negeri Selangor tetap menjadi keperluan pen ting dalam memahami kemunculan kesultanan, juga keistimewaan negeri ini secara khasnya.

📚 Program Telaah
Tarikh
18 September 2025
Lokasi
PTAR Shah Alam
Kemudi / Moderator
EN MUHAMMAD AZRUL NIZAM ABDUL RAHMAN
PUSTAKAWAN
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PTAR UITM SHAH ALAM
Panel Wacana
CIK NUR HUMAIRA NISA ABDUL HALIM
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
FAKULTI SAINS MAKLUMAT UITM CAWANGAN KEDAH
Galeri
Video
Ulasan Komuniti
Tiada ulasan daripada komuniti.
Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.