Kiamat
Tamim Bin Abu Bakar membawa harapan ibunya saat dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Malangnya dia terjebak dalam kegiatan sebuah kongsi gelap antarabangsa kerana cintanya pada Rukiya. Selepas beberapa tahun bergelumang dalam dunia jenayah, Tamim pulang ke Malaysia kerana mendapat berita ibunya sedang sakit tenat.
Jalan hidup Tamim semakin sukar saat dia dikhianati dan kemudian dipenjara selama lima tahun. Di penjara, perkenalannya dengan Pak Ismail Chin setelah kematian emaknya membuatkan Tamim berubah menjadi seorang manusia yang kembali mendekati Tuhan.
Pembebasan Tamim membawa dirinya berhijrah ke Kuala Lumpur. Hidupnya berubah sekali lagi apabila dipertemukan dengan seorang anak kecil bernama Damia yang diabaikan kedua orang tua, serta kemunculan seseorang yang mengingatkan Tamim akan masa silamnya yang hitam.
Kemudi / Moderator
Panel Wacana
“Perkongsian buku Kiamat ini benar-benar menarik, lebih-lebih lagi apabila ia ditulis oleh seorang pustakawan, Izhar Ruslan. Naratifnya bukan sekadar sebuah cerita fiksyen, tetapi menyelitkan mesej moral yang kuat: harapan seorang ibu, erti penyesalan, nilai persahabatan, dan jalan pulang kepada Tuhan. Tahniah kepada penulis atas karya yang sarat pengajaran serta mampu mengetuk hati pembaca.”