ALUMNI CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI
Buku ini mengetengahkan kisah kejayaan alumni Kolej Komuniti yang telah mencapai taraf berpendapatan tinggi melalui perancangan kerjaya yang berkesan. Ia merangkumi aspek penting seperti perancangan kerjaya, penerokaan dunia pekerjaan, membuat keputusan kerjaya, kompromi, dan pemantapan kerohanian dalam laluan kerjaya mereka.
Kemudi / Moderator
Panel Wacana
“Buku “Alumni Cemerlang Kolej Komuniti” menampilkan kisah kejayaan dan inspirasi daripada bekas pelajar Kolej Komuniti. Ia memberi gambaran tentang bagaimana pendidikan di Kolej Komuniti mampu melahirkan individu berjaya dalam pelbagai bidang. Buku ini sesuai dijadikan motivasi kepada pelajar, kerana ia membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai walaupun bermula dari institusi yang dianggap kecil tetapi memberi impak besar, bak kata Wacana dalam program ini, from zero to hero.”
“Program ini merupakan satu inisiatif berilmu yang menggabungkan pencerahan akademik dan perkongsian pengalaman secara langsung daripada penulis buku. Ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat, khususnya pelajar dan warga institusi pendidikan yang ingin mengambil inspirasi daripada kisah kejayaan alumni Kolej Komuniti.”