Salina

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
Abdul Samad Said
ISBN
9789671700440
Penerbit
Nuha Books
Tahun Penerbit
2020
Abstrak Buku

Penceritaan novel Salina ini dapat digambarkan dengan watak Siti Salina seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang malas bekerja yang sering meminta duit daripada Siti Salina. Abdul Fakar seorang yang kaki mabuk, kaki perempuan dan suka memukul dan meminta duit daripada Siti Salina. Walaupun Siti Salina sering dipukul oleh Abdul Fakar, dia tetap menyayangi Abdul Fakar kerana wajah Abdul Fakar seiras dengan wajah arwah kekasihnya, Muhamad Yusuf yang mati akibat perang dunia kedua. Pada asalnya Siti Salina seorang anak yang kaya, namun akibat perang dunia kedua yang mengakibatkan kematian ahli keluarganya dan kehilangan harta bendanya, dia terpaksa menyara dirinya dengan menjadi pelacur. Selain itu, novel Salina ini juga dapat dilihat konflik yang berlaku pada watak Nahidah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi pelayan demi memenuhi kemahuan ibu tirinya yang ingin hidup mewah malah Nahidah juga sering diusik oleh Abdul Fakar tanpa pengetahuan ibu tirinya dan Siti Salina. Atas hasutan Abdul Fakar, Zarina telah menghalau Sunarto dan Mansur yang kerap disindir oleh ibu tirinya telah meninggalkan rumah untuk memasuki tentera. Hal ini menyebabkan Abdul Fakar semakin berani untuk mengusik Nahidah sehingga dia berjaya memperkosa Nahidah pada suatu malam sewaktu Nahidah pulang membasuh baju. Setelah diperkosa oleh Abdul Fakar dan Cik Salim, Nahidah telah lari meninggalkan Singapura dan kemudiannya berkahwin dengan seorang buruh dan menetap di Pulau Pinang. Hilmy berasa sedih akan pemergian Nahidah manakala Siti Salina setelah dinasihati oleh Katijah turut meninggalkan Abdul Fakar dan berhijrah ke Kelantan. Abdul Fakar kemudiannya kembali belayar setelah gagal mencari Siti Salina dan menyesal akan perbuatannya terhadap Siti Salina.

📚 Program Telaah
Tarikh
3 Oktober 2025
Lokasi
Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa, Universiti Putra Malaysia
Kemudi / Moderator
Panel Wacana
PUAN SITI MUSLIHAH BINTI ISNAIN
GURU BAHASA
PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Galeri
Video
Ulasan Komuniti
Tiada ulasan daripada komuniti.
Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.