Zon Pembangunan Ekonomi Ummah (ZPEU)

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
Selamah Maamor, Nik Safiah Nik Abdullah & Rabiatul Adawiyah Che Halim
ISBN
9786294911116
Penerbit
UUM Press
Tahun Penerbit
2024
Abstrak Buku

Program Zon Pembangunan Ekonomi Ummah (ZPEU) ialah inisiatif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang diterajui oleh Dato’ Syeikh Zakaria Othman yang telah dengan berani dan yakin mengambil risiko untuk melaksanakan program ZPEU hasil cetusan idea Allahyarham Profesor Dr. Zakaria Abas, felo penyelidik Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ), Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ZPEU ini berpaksikan projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SSBBA) yang mendukung prinsip ‘daripada asnaf kepada asnaf’ dengan memfokus khusus kepada pembangunan sosioekonomi dan pembangunan insan.

Buku ini dihasilkan daripada program penyelidikan mega geran IPIZ-LZNK yang dicanai dalam 16 bab merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian fasa awal pembentukan dan perlaksanaan program ZPEU, diikuti bahagian kedua yang memfokus kepada pengukuhan program dan bahagian ketiga ialah kesan dan hala tuju program ZPEU. Buku ini mencerakinkan hasil dapatan sebenar kajian yang sesuai dijadikan bacaan umum dan rujukan kepada pelajar, ahli akademik, penyelidik dan pihak-pihak berkepentingan yang ingin turut serta dalam jihad ekonomi ummah.

📚 Program Telaah
Tarikh
29 September 2025
Lokasi
Sudut Sasterawan Negara, Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Kemudi / Moderator
SITI NORAIN BINTI ISMAIL
PUSTAKAWAN KANAN
PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH UUM
Panel Wacana
PROF. DR. SELAMAH MAAMOR
DEKAN
PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM
Galeri
Video
Ulasan Komuniti
Tiada ulasan daripada komuniti.
Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.