Memoir Anak Desa: Meniti Kecemerlangan Melakar Kegemilangan
Kesungguhan, kecekalan, ikhtiar dan tawakal adalah mesej yang paling tepat bagi menggambarkan inti pati memoiri ini. Kisah kehidupan penulis ini adalah manifestasi tekad seorang anak desa dalam mengharungi ranjau untuk mencapai kecemerlangan.
Memoir ini adalah nukilan yang bertujuan memberikan inspirasi kepada setiap pembaca iaitu di sebalik setiap rintangan, pasti ada sinar harapan. Memoir ini dibahagikan kepada enam bab utama yang mengisahkan latar keturunan, kehidupan awal, pendidikan dan kerjaya, perkhidmatan di UMS, pencapaian dan sumbangan penulis, bukan sahaja kepada UMS bahkan perkembangan Islam, pendidikan dan ekonomi di negeri Sabah amnya.
Pembaca akan dibawa menelusuri kehidupan penulis bersama tuidk-beradik lain mengharungi zaman kanak-kanak mereka di Kampung Rampayan, Mangatal. Nasihat Tangan dan kehilangan kedua ibu bapa tersayang mendorong penulis tekad mengorbankan keseronokan usia remaja untuk terus menuntut ilmu hingga ke menara gading. Kisah perjalanan yang menakjubkan penulis sebagai tokoh akademik disegani di negeri Sabah selanjutnya adalah lakaran sejarah yang menginspirasikan.
Kemudi / Moderator
Panel Wacana