MENAKLUK PUNCAK DUNIA SENTUHAN SRIKANDI

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
ROZIAH MOHD JANOR / NORHAZLINA HUSIN
ISBN
9786294961159
Penerbit
Penerbit UiTM
Tahun Penerbit
2025
Abstrak Buku

Menakluk Puncak Dunia: Sentuhan Srikandi adalah sebuah karya inspirasi yang merakam perjalanan YBhg. Datuk Roziah Mohd Janor, seorang figura yang telah meninggalkan jejak mendalam dalam dunia pendidikan tinggi Malaysia.
Melalui naratif yang santai, buku ini mengungkapkan
transformasi yang dicetuskan oleh beliau dalam aspek pengurusan akademik, pengurusan kualiti, strategi pentadbiran, dan pembangunan institusi.
Buku ini menjadi rujukan kepada bakal-bakal pemimpin terutamanya pemimpin akademik dalam menerapkan integriti, kualiti, inovasi, ketekunan dan kebergantungan hanya kepada Allah SWT sebagai teras dalam pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan.
Sisi kemanusiaan Roziah, seorang pemimpin yang mendengar, seorang mentor yang membimbing, dan seorang wanita yang kekal teguh meskipun berhadapan cabaran dipaparkan dalam buku ini. Dari cabaran hingga kejayaan, dari impian hingga pencapaian, sisi srikandi yang menjadikan beliau inspirasi kepada masyarakat akademik dan generasi akan datang terlakar dalam buku ini.
Menakluk Puncak Dunia: Sentuhan Srikandi bukan sekadar catatan pencapaian seorang wanita bernama Roziah Mohd Janor sebagai Naib Canselor wanita pertama UiTM, tetapi sebuah inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin menakluk puncak dunia ilmu, kepimpinan, keberanian, dan keyakinan kepada Allah SWT.

📚 Program Telaah
Tarikh
29 Oktober 2025
Lokasi
Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
Kemudi / Moderator
YBRS. PROFESOR MADYA DR. AHMAD LUTFI BIN ANIS
FAKULTI SAINS GUNAAN, UITM KAMPUS SAMARAHAN
Panel Wacana
YBHG. DATUK TS. DR. ROZIAH MOHD JANOR
MANTAN NAIB CANSELOR
UITM
YBRS. PROFESOR MADYA DR. NORHAZLINA HUSIN
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
UITM
Galeri
Video
Ulasan Komuniti
Tiada ulasan daripada komuniti.
Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.