Celik Fikir

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
Amer Shakir Zainol
ISBN
9789671117248
Penerbit
Universiti Teknologi MARA
Tahun Penerbit
2019
Abstrak Buku

Modul Celik Fikir adalah sebuah modul yang dibangunkan untuk memacu kemahiran berfikir aras tinggi yang komprehensif, progresif dan sederhana tanpa meminggirkan nilai jati diri dan agama. Modul ini diberi penekanan yang khusus dalam meningkatkan kualiti fikir ke tahap yang terbaik mengikut kaedah dan pendekatan yang dinamik, terkini dan menanggapi realiti semasa. Modul sebegini sangat penting dalam pembinaan sebuah masyarakat yang mendukung fikrah berfikir sebagai jalan penyuluh hidup dan mencari kebenaran. Modul ini yang dilengkapi dengan beberapa aspek fikir yang penting ini begitu sinonim dan dekat dengan suasana dan persekitaran yang berlaku pada hari ini di mana kebebasan berfikir dan bersuara bukanlah lagi hanya sebuah slogan atau laungan kalimah semata-mata namun sudah mula dipraktikkan bermula daripada akar umbi sehingga kepada pimpinan tertinggi kerajaan.Hal ini jelas memperlihatkan arus pemikiran masyarakat alirannya sudah mulai berubah yang bertunjang dan berakar dari aktiviti fikir atau kemahiran berfikir. Selain itu, modul Celik Fikir ini digunakan oleh pelajar-pelajar Diploma Sesi Interim di fakulti-fakulti Universiti Teknologi MARA( UiTM) kampus induk Shah Alam, kampus Puncak Perdana dan kampus Puncak Alam dan kampus-kampus cawangan seluruh negara yang masih menawarkan program-program diploma

📚 Program Telaah
Tarikh
19 November 2025
Lokasi
Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor
Kemudi / Moderator
PUAN NORDIANA NORDIN
PENSYARAH KANAN
FAKULTI SAINS MAKLUMAT, UITM
Panel Wacana
YBRS. PROF. DR. AMER SHAKIR ZAINOL
PENOLONG NAIB CANSELOR UITM
UITM
Galeri
— Tiada gambar —
Video
Ulasan Komuniti
Tiada ulasan daripada komuniti.
Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.