Pemikiran Hamka

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
SIDEK BABA
ISBN
9789836299802
Penerbit
DBP (Cetakan Kedua, 2021)
Tahun Penerbitan
2021
Abstrak Buku

Buku Pemikiran Hamka cuba menukil makna bina insan yang Islami, merangkum isu Islam dan perspektif sejarah, kritik terhadap kedudukan wanita dan jalur berfikir ke arah perubahan. Pemikiran, tulisan, dakwah dan perjuangan HAMKA digarap oleh penulis-penulis dengan maksud tokoh ini telah mempersembahkan sesuatu yang amat bermakna ke arah mengangkat martabat umat dan tamadun. Ianya meninggalkan jejak-jejak Islah yang bermakna ke arah memperkasa minda umat Melayu yang senafas dengan zaman tanpa menolak prinsip dan rujukan asasi Islami itu sendiri.

Hamka dalam konteks dunia Melayu-Islam melakukan proses transformasi sosial melalui pemikirannya yang disalurkan menerusi genre sastera dan agama sebagai asas tajdid dan islah. Ianya amat relevan di tengah-tengah masyarakatnya yang dibelenggu oleh adat dan cara berfikir yang tidak berkembang dan menyebabkan kemunduran yang berpanjangan.

Buku-buku mahupun novel yang ditulisnya mengajak pembaca berfikir tentang pentingnya islah ke arah kemajuan yang diajar oleh Islam. Tafsir al-Azhar beliau merupakan puncak penelitian masalah sosial dan agama setempat yang dilihat dari jendela Qurani supaya ianya mampu memberi kesan pemikiran ke arah tajdid.
“…seorang yang mujaddid dan muslih di Alam Melayu. Pemikirannya mengenai persoalan agama yang luas dan mendalam menjangkau hingga kepada isu atau dialog antara agama, polemiknya dalam mempertahankan kemurnian Islam, baik daripada aspek akidah dan ibadah jelas membuktikan tentang tajdid dan islah yang diperjuangkan.”

📚 Program Telaah
Tarikh
25 Jun 2026
Lokasi
Perpustakaan UiTM Shah Alam
Kemudi / Moderator
SITI ROHAYU BINTI MOHAMAD YUSOF
KETUA SEKSYEN SIRKULASI DAN PERHUBUNGAN PELANGGAN, PTAR
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UITM
Panel Wacana
NUR AQILAH HUSNA, EYSKANDAR DANISH, HANNAN SOFIA
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM
Galeri
Video
Ulasan Komuniti
Tiada ulasan daripada komuniti.
Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.