Rawatan Estetik Pergigian Pada Pandangan Islam

Buku Telaah
Cover
Maklumat Buku
Pengarang
Aspalilah Alias, Faezah Rokhani, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Syiral Mastura Abdullah, Siti Hajar Omar, Siti Nadia Rahimi
ISBN
9786297863733
Penerbit
Penerbit USIM
Tahun Penerbitan
2026
Abstrak Buku

Apakah hukum memakai pendakap gigi, membuat venir, memasang implan, korona, menjalani rawatan pemutihan gigi atau prosedur estetik pergigian yang lain? Adakah semua rawatan estetik pergigian dianggap mengubah ciptaan Allah SWT?

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
(Surah al-Tin, 95:4)

Berpandukan prinsip bahawa tubuh badan merupakan amanah daripada Allah SWT, Rawatan Estetik Pergigian pada Pandangan Islam menghuraikan isu-isu rawatan estetik pergigian melalui gabungan ilmu pergigian moden dan panduan syariah.

Buku ini menjelaskan perbezaan antara rawatan yang bertujuan memulihkan fungsi dan kesihatan dengan prosedur yang dilakukan semata-mata atas faktor kecantikan di samping membincangkan hukum-hakam yang berkaitan berdasarkan al-Quran, sunah, fatwa dan prinsip maqasid syariah.

Turut dimuatkan ialah perbincangan mengenai anatomi muka, rongga mulut dan gigi serta pelbagai rawatan pergigian seperti ortodontik, endodontik, restoratif, prostodontik, venir, korona, implan, gigi palsu dan penyakit mulut yang mempengaruhi estetika pergigian.

Disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami, buku ini menjadi rujukan yang bermanfaat kepada pelajar pergigian, pengamal kesihatan, pendidik, pendakwah dan masyarakat umum yang ingin memahami rawatan estetik pergigian menurut perspektif Islam secara tepat, seimbang dan berasaskan ilmu.

📚 Program Telaah
Tarikh
14 September 2026
Lokasi
-
Kemudi / Moderator
EN. MOHD ZAINI OTHMAN
PENOLONG PENDAFTAR
FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Panel Wacana
PROF. MADYA DR. ASPALILAH ALIAS
PENSYARAH PERGIGIAN
FAKULTI PERGIGIAN, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Galeri
— Tiada gambar —
Video
Ulasan Komuniti
Tiada ulasan daripada komuniti.
Tinggalkan Ulasan
Sila isi nama.
Sila berikan email yang sah.
Sila tulis komen.