Sorotan 3 episod paling baharu.
Baca di Dewan MasyarakatTelaah bukan sekadar membaca — ia adalah usaha memahami, menyoal, dan menyelongkar makna di sebalik setiap wacana. Di sini, kami menghimpunkan bahan bacaan, suara pemikir, dan kupasan kritikal untuk membentuk ruang fikir yang segar dan merdeka.
Wacana paling banyak tontonan.
Minda-minda yang telah berkongsi suara di medan wacana.
“Semoga acara begini akan diteruskan di segenap peringkat kerana membaca buku lebih daripada seimbas pandang, tetapi jauh daripada itu kita berikhtiar untuk memahami cetusan hati nurani penulis yang menzahirkan pemikiran dan hikmah yang direkodkan dalam buku tersebut.”
“Idea Telaah ini saya bawakan hasil perbincangan bersama YAB Perdana Menteri, dengan tujuan memupuk budaya membaca yang lebih proaktif dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira apa jua genre atau bidang, budaya membaca perlu disemai sejak usia kecil lagi. Hanya dengan ilmu, kita mampu melakukan perubahan dan membawa pembaharuan. Saya yakin, budaya ilmu akan menjadi tunjang yang mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdaya saing dan dihormati.”
“Membaca ialah jambatan yang menghubungkan minda dengan dunia yang luas; ia membentuk insan yang lebih kritis, berpengetahuan, dan bersedia membuat keputusan yang bijaksana”